fbpx

Banjir di Kedah pulih, PPS terakhir Bandar Baharu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengemas khemah mangsa banjir di SK Sungai Kechil Ulu di Bandar Baharu, hari ini.

BANDAR BAHARU – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ulu, di sini yang menempatkan seramai 109 orang daripada 30 keluarga ditutup pada pukul 12 tengah hari ini.

Penutupan PPS itu dilakukan secara rasmi oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Noor Ismail.

Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS itu sejak kelmarin selepas rumah mereka di Kampung Besar dalam mukim Bagan Samak dilanda banjir akibat limpahan Sungai Kerian susulan fenomena air pasang besar.

Kampung tersebut yang terletak di tepi sungai mula dinaiki air pada Khamis lalu dan tiada PPS dibuka pada hari tersebut kerana banjir semakin surut.

Seterusnya, pada kelmarin berlaku lagi banjir di kampung tersebut akibat fenomena sama dengan sebuah PPS dibuka di SK Sungai Kechil Ulu.

Paras air banjir adalah kira-kira 0.5 meter dengan radius keluasan kawasan terjejas adalah satu kilometer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI