fbpx

ASEAN 2025: KPT rancang pelbagai agenda perkukuh kerjasama pendidikan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Zambry beramah mesra selepas merasmikan Konvensyen Akademia 2024 anjuran Akademi Profesor Malaysia (APM) di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi. -Foto oleh AIZ ALIF ZUBIR / OKSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah merencanakan pelbagai agenda dan program untuk memperkukuh jalinan kerjasama dalam pendidikan tinggi menjelang kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, antara agenda direncanakan termasuk mesyuarat khas bersama menteri-menteri pendidikan tinggi ASEAN.

Katanya, kelaziman sebelum ini hanya tertumpu kepada aspek pendidikan melibatkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).

“Kebanyakan negara ASEAN menerima pakai cadangan Malaysia untuk mengkhususkan perbincangan dalam konteks pendidikan tinggi dalam ASEAN. Sebelum ini, seperti yang kita sedia maklum ia hanya tertumpu kepada SEAMEO semata-mata.

“Jadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah minta supaya kita aturkan program itu supaya ada mesyuarat khas yang berkaitan dengan pendidikan tinggi juga dengan melibatkan menteri (pendidikan tinggi) daripada negara ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Konvensyen Akademia 2024 anjuran Akademi Profesor Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi ucapannya, Zambry menekankan tentang kepentingan penglibatan setiap institusi pengajian tinggi dalam negara untuk menjayakan agenda kepengerusian ASEAN secara menyeluruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI