fbpx

Ahli Parlimen cerca Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENATOR Lidia Thorpe mengganggu majlis ketika Raja Charles III dan Permaisuri Camilla melawat Dewan Parlimen di Canberra hari ini. – AFP

CANBERRA  –  Senator Orang Asli, Lidia Thorpe melaungkan slogan anti penjajah terhadap Raja Charles III semasa kunjungan baginda ke Parlimen Australia hari ini dalam insiden yang mengejutkan wakil rakyat dan tetamu kehormat lain.

“Pulangkan semula tanah kami!Pulangkan apa yang kamu curi daripada kami!” jerit Thorpe dalam cercaan yang berlangsung selama hampir seminit selepas monarki berusia 75 tahun itu berucap.

“Ini bukan tanah kamu, kamu bukan raja kami,” kata wakil rakyat bebas itu sambil mengecam apa yang beliau sifatkan sebagai perbuatan genosid terhadap Orang Asli Australia oleh peneroka-peneroka Eropah.

Australia merupakan koloni Britain selama lebih 100 tahun yang menyaksikan beribu-ribu Orang Asli dibunuh dan seluruh komuniti itu menjadi pelarian.

Negara itu mendapat kemerdekaan dalam tahun 1901 tetapi tidak pernah menjadi sebuah republik penuh. Raja Charles III kini ketua negara Australia.

Raja Charles III dalam rangka lawatan sembilan hari ke Australia dan Samoa yang merupakan siri kunjungan luar pertama sejak baginda disahkan mengidap kanser awal tahun ini.

Thorpe dikenali kerana tindakannya untuk cuba mendapatkan perhatian dan menentang keras monarki Britain. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI