fbpx

Agong terima watikah 9 ketua perwakilan asing ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong terima watikah sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini.

Melalui satu hantaran di laman sosial rasmi Sultan Ibrahim hari ini, ketua perwakilan asing berkenaan ialah Duta Besar Laos, Thepthavone Sengmany; Duta Besar Sweden, Niklas Wiberg; Duta Besar Finland, Anne Vasara dan Duta Besar Denmark, Kirstine Vangkilde Berner.

Selain itu, Duta Besar Republik Persekutuan Somalia, Ali Mohamed Abukar; Duta Besar Kesatuan Eropah, Rafael Daerr; Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Jodi Robinson; Duta Besar Argentina, Marta Laura Gabrieloni dan Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea, Jimmy Ovia.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Datuk Dr. Shazelina Zainul Abidin.

Turut hadir ke istiadat berkenan, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra, Datuk Yubazlan Yusof. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI