fbpx

ACLE: Gwangju FC ancaman terbesar JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengendali JDT, Hector Bidoglio (kanan) bakal merangka strategi ampuh pada aksi ACLE bertemu Gwangju FC esok. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka berdepan tugas sukar apabila bertemu pendahulu saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) zon Timur, Gwangju FC di Stadium Yongin Mireu esok.

Skuad Harimau Selatan sudah pasti mahu mengekalkan rekod tanpa kalah selepas berjaya meraih empat mata pada dua aksi ACLE yang diharungi ketika bertemu dua kelab China, Shanghai Port dan Shanghai Shenhua sebelum ini.

Namun, motivasi kelab Liga Korea Selatan itu tidak boleh dipandang enteng apabila menjadi pasukan tunggal yang merekodkan kemenangan bersih selepas menewasukan dua jaguh Jepun, Yokohama F. Marinos dan Kawasaki Frontale.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio mengakui satu kemenangan dan satu keputusan seri yang dicatat sebelum ini menjadi bukti Harimau Selatan kini mampu bersaing di pentas tertinggi bersama kelab terbaik Asia.

“Saya rasa kita telah menunjukkan prestasi pasukan semakin meningkat dan kita mampu untuk menjadi salah satu pasukan besar di benua Asia,” kata pengendali import dari Argentina itu dipetik dalam laman AFC.com.

Berdasarkan senarai pemain yang diletakkan JDT pada aksi ACLE yang lepas, juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu dijangka mempertaruhkan sebahagian besar pemain import dalam kesebelasan utama.

Antara yang mungkin akan diturunkan seperti Jorge Obregon, Heberty Fernandes, Oscar Arribas, Juan Muniz, Iker Undabarrena selain dibantu pemain tempatan seperti Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa.

Gwangju FC yang dikendalikan Lee Jung-hyo turut diwakili oleh beberapa pemain bertaraf bintang seperti Jeong Ho-yeon, Ahn Young-kyu, Timo Letschert, Thomas Bedinelli, Jasir Asani dan Beka Mikeltadze.

Asani yang juga pemain antarabangsa Albania dijangka menjadi ancaman utama Harimau Selatan selepas berjaya meledak empat gol dalam dua aksi ACLE musim ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI