fbpx

4 sindiket along masuk jerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Empat lelaki warga tempatan ditahan polis dalam serbuan yang berasingan di Perak, Kedah dan Pulau Pinang Khamis lalu selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kesemua suspek berusia 23 tahun sehingga 28 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian jenayah khianat simbah cat dan khianat dengan api di premis perumahan sekitar Pulau Pinang.

“Tangkapan ini dipercayai adalah satu sindiket yang menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen melibatkan along tempatan dan juga online yang turut melakukan jenayah khianat simbah cat dan juga khianat dengan api.

”Hasil soal siasat yang dijalankan terhadap suspek mengaku terlibat sebanyak 27 kes simbah cat dan khianat dengan api melibatkan enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil semakan telefon bimbit yang dirampas juga turut menjumpai sebanyak 24 rakaman video kejadian simbah cat dan khianat dengan api yang telah dirakam oleh tangkapan semasa melakukan jenayah di lokasi yang berasingan.

Tambahnya, polis turut berjaya membuat beberapa rampasan barang kes dalam operasi ini seperti satu set daftar perniagaan SSM atas nama syarikat yang dipercayai untuk menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen.

“Sebuah buah buku cek Hong Leong Bank syarikat, sebuah buku catitan mengandungi senarai nama peminjam wang. Turut dirampas adalah empat buah telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Honda City,” katanya.

Hamzah memberitahu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan serta Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

“Pihak polis turut menasihati orang ramai agar membuat laporan polis sekiranya diganggu atau menerima ugutan daripada mana-mana along untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI