fbpx

3 cedera ringan dalam letupan di Plaza GM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerosakan yang berlaku selepas letupan yang dipercayai berpunca daripada pendingin hawa. FOTO JBPM KL

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki cedera ringan dalam kejadian letupan yang berlaku di tingkat 9 Plaza GM di Chow Kit, Lorong Haji Taib 5, di sini, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.20 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dikejarkan ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi PBK II, Mohd Azrul Mat Zenan, letupan berpunca daripada kerja-kerja pengisian gas pendingin hawa.

“Letupan juga telah mengakibatkan tiga lelaki cedera ringan selain turut berlaku runtuhan siling premis di tingkat 7,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, seorang mangsa merupakan lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengurus bangunan manakala dua pekerja kontraktor pendingin hawa adalah warga Myanmar.

Ujarnya, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

“Tiada sebarang kebakaran yang berlaku dan operasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI