fbpx

Wanita dipecat kerana hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Jeremy Morgan (kanan). - Foto Getty Images/Media Wales

CARDIFF – Seorang ibu di Britain menang pampasan lebih £28,000 (RM157,266) daripada tribunal pekerjaan selepas dibuang kerja kerana hamil, lapor portal berita Daily Record semalam. 

Nikita Twitchen dijangka kembali bekerja selepas cuti bersalinnya berakhir, namun  firma perkhidmatan pembinaan, First Grade Projects memecat Nikita kerana hamil sekali lagi.

Dia dipecat ketika kandungannya berusia lapan minggu.

Tribunal pekerjaan mendengar bahawa dalam satu pertemuan bersama pengarah urusan syarikat itu, Jeremy Morgan, beliau bersetuju supaya Nikita  kembali bekerja.

Bagaimanapun, menjelang akhir pertemuan mereka, Nikita mendedahkan bahawa dia hamil lagi, manakala selepas itu, pihak majikan tidak menghubungi Nikita untuk mengesahkannya kembali bekerja.

Dia menjangkakan kembali bekerja pada 3 April lalu, namun Morgan kemudian menghubunginya dengan berkata, pihak syarikat mengalami masalah kewangan dan khidmat Nikita tidak lagi diperlukan.

Hakim Robin Havard dalam penghakimannya memutuskan bahawa Nikita dipecat secara tidak wajar dan dianugerahkan pampasan £28,706 (RM161,263).  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI