fbpx

[VIDEO] Menari ke atau halau anjing?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tular tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang seakan-akan menari ketika cuba menghalau seekor anjing yang meluru ke arahnya di hadapan rumah menggamit perhatian orang ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Nr Dahlia Rostam memaparkan seorang lelaki yang cuba menghalau anjing di hadapan rumahnya sambil melompat ke kiri dan kanan seakan-akan sedang menari.

Pada mulanya, anjing itu kelihatan berlari pantas ke arah rumah lelaki berkenaan sebelum lelaki tersebut memulakan ‘tariannya’.

Tidak disangka-sangka haiwan tersebut membatalkan ‘hasratnya’ untuk menyerang lelaki tersebut.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi dan rasa terhibur dengan cara lelaki itu menghalau anjing tersebut.

“Anjing pun keliru apa yang perlu dibuat. Mulanya ingin mengejar tetapi diajak menari pula,” ujar Meetmahkidal.

“Pandai pula anjing itu ikut langkah. Terhibur pagi-pagi ni,” kata Bonda Acu pula. – KOSMO! ONLINE

@nrdahliarostam Lari ❌ Joget ✅ #fyp #masukberanda #shampopiaipoh #fypシ ♬ Joget Angan Tak Sudah _ Jay Jay – Azrijiwang98

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI