fbpx

[VIDEO] Lelaki ‘parang’ lampu isyarat sudah kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang lelaki merosakkan beberapa 'cover' lampu isyarat menggunakan parang petang tadi.

PORT DICKSON – Lelaki yang tular merosakkan beberapa ‘cover’ lampu isyarat menggunakan parang petang tadi berjaya ditangkap polis di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 33 saat dari facebook Port Dickson Area kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 petang di sebuah persimpangan lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam.

“Bertindak atas maklumat, pada pukul 4.45 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan ke atas suspek di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson.

“Suspek berusia 39 tahun, tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah. Hasil ujian saringan air kencing suspek didapati negatif,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas senjata, kenderaan dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata berbahaya (ABKLSB) 1958.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk proses tahan reman esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI