fbpx

Syarikat penerbangan India terima 70 ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA syarikat penerbangan di India menerima 70 ancaman bom palsu dalam tempoh seminggu. - AFP

NEW DELHI –  Sebilangan syarikat penerbangan India menerima lebih 70 ancaman bom palsu pada minggu ini, lapor media tempatan dalam situasi yang mencetuskan ketakutan kepada  penumpang dan kelewatan global.

Semua penerbangan terbabit  mendarat dengan selamat, namun siri ancaman itu mengakibatkan beberapa pesawat terpaksa dilencongkan ke Kanada dan Jerman. Jet pejuang turut dikerah mengiringi pesawat milik syarikat-syarikat  penerbangan India itu di ruang udara Britain dan Singapura.

Mengulas ancaman tersebut, kerajaan India dan pihak berkuasa penerbangan awam memberi amaran bahawa ‘tindakan sangat tegas’ akan diambil.

Pihak berkuasa aviasi New Delhi tidak menyatakan bilangan ancaman yang  diterima dalam tempoh seminggu lalu tetapi menurut akhbar Times of India dan badan penyiaran News18, terdapat  lebih 70 ancaman bom palsu menyasarkan penerbangan domestik dan antarabangsa sejak 13 Oktober lepas.

Semalam sahaja, pihak berkuasa India menerima laporan mengenai sekurang-kurangnya 30 ancaman bom palsu.

Situasi itu memberikan  kesan serius  terhadap jadual dan kos syarikat-syarikat penerbangan.

Polis berkata, sekurang-kurangnya seorang   telah ditangkap di India  tetapi ancaman itu masih berterusan.

“Semua suspek yang bertanggungjawab ke atas gangguan ini akan dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Menteri Penerbangan India,  Ram Mohan Naidu, Rabu lepas. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI