fbpx

‘Sampai masa, Tuhan ambil nyawa suami kita, tiada apa ditinggalkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATIE menasihatkan wanita yang berkahwin dengan lelaki berstatus duda banyak bersabar dan reda dengan segala aturan Tuhan.

PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah menasihatkan mana-mana wanita yang berkahwin dengan lelaki berstatus duda agar banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata, wanita yang memilih duda juga perlu mempunyai hati yang cekal dan tidak mudah terasa hati dengan perkara remeh.

“Tip dia, kena tahu dulu apa yang kita pilih. Kalau itu adalah pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar.

“Kalau ada benda terasa hati, cepat-cepat baca selawat dan cakap pada diri: ‘tak apalah dunia hanya pinjaman’.

“Hidup, hati dan perasaan manusia ini Allah SWT yang punya. Kalau kita nak fikir sangat pun, satu masa Dia ambil nyawa kita dan suami, jadi tetap tiada apa juga yang ditinggalkan,” katanya dalam Instagram.

Ujarnya, sifat mudah terasa hati dengan pasangan adalah normal namun jangan esekali melayan emosi sehingga memakan diri.

“Boleh kalau nak terasa hati tetapi harus cepat-cepat pujuk hati dengan berkata: ‘tak mengapalah, semua pun Allah punya, Dia boleh beri dan ambil’.

“Yang penting kena selalu berdoa, minta pada Allah agar beri rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak, begitu juga pada diri sendiri,” katanya lagi.

Tambah Watie, golongan isteri juga seharusnya membuang segala tanggap negatif dan memiliki fikiran yang positif agar dapat mengecap bahagia bersama suami.

“Kalau kita berfikiran baik, insya-Allah ganjaran yang baik Allah beri.

“Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh dan bermasalah, apa yang kita dapat?

“Emosi dan hari-hari yang dilalui pasti tidak gembira,” tuturnya.

Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 tahun lalu di Subang.

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, pelantun lagu Kesetiaan itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI