fbpx

Rouxin tamat kemarau pingat 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROUXIN menjadi perenang Malaysia pertama meraih pingat di pentas Piala Dunia sejak Jeffrey melakukannya pada 1989.

PERENANG muda negara, Tan Rouxin terus mencuri tumpuan di pentas antarabangsa apabila menjadi perenang Malaysia yang pertama dalam tempoh 35 tahun berjaya merangkul pingat di pentas Piala Dunia.

Lebih mengagumkan, Rouxin, 18, mencatat kemenangan bersejarah dengan meraih gangsa dalam acara 400 meter (m) individu medley wanita pada siri Piala Dunia Renang di Shanghai, China kelmarin sekali gus mengukir namanya dalam sejarah sukan renang Malaysia.

Rouxin menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 4 minit 55.27 saat (s), hanya 0.79s di belakang rekod kebangsaan miliknya yang dicipta sewaktu Kejohanan Renang Jarak Pendek Kebangsaan pada Julai lalu.

Jurulatih renang kebangsaan, Eric Anderson meluahkan kegembiraan dengan pencapaian perenang muda itu selain menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pencapaian luar biasa yang bakal melonjakkan karier Rouxin ke tahap lebih tinggi.

“Ia merupakan detik besar dalam kerjayanya.. Bagi saya, setiap kali anda meninggalkan acara bertaraf dunia dengan pencapaian podium, ia adalah sesuatu yang istimewa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pingat yang diraih Rouxin turut menamatkan kemarau penantian negara untuk berada di podium Piala Dunia sejak kali terakhir pada tahun 1989 ketika Jeffrey Ong memenangi perak dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki.

Dalam perlumbaan tersebut, Mary-Sophie Harvey dari Kanada memenangi emas dengan masa 4:28.03s sementara perak menjadi milik perenang Slovakia,Nikoleta Trnikova dengan catatan 4:44.81s.

Meskipun berdepan saingan hebat dari perenang kelas dunia, Rouxin membuktikan Malaysia mempunyai bakat yang mampu bersaing di peringkat tertinggi sekali gus membuka peluang untuk terus membangunkan sukan renang negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI