fbpx

RM15 juta bukan hak mutlak FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah mengingatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya berhemah membelanjakan peruntukan sebanyak RM15 juta yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2025.

Beliau berkata, wang tersebut tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh badan induk bola sepak negara itu, sebaliknya perlu memastikan ia disalurkan kepada skuad Harimau Malaya, bawah 18 tahun (B-18) dan B-13.

Jelas Hannah, peruntukan RM15 juta itu bukanlah dana tambahan, sebaliknya ia merupakan peruntukan sama yang pernah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September lalu.

“RM15 juta itu adalah peruntukan khas yang diumumkan Perdana Menteri bagi memperkasakan Harimau Malaya. Kami telah berjumpa kali pertama dan Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk melihat peningkatan prestasi.

“Peruntukan ini akan dipantau Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kewangan, jadi FAM tidak boleh membelanjakan duit sesuka hati kerana ia bukan untuk pentadbiran persatuan, tetapi khas buat pasukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di Kajang semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pihaknya akan menunggu FAM mengadakan perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung perancangan yang akan dibuat menggunakan peruntukan tersebut.

“Kita sedang menunggu FAM untuk berbincang dengan MSN bagi melihat bagaimana kita boleh membelanjakan RM15 juta ini. Jangan bimbang, dana ini hanya untuk memperkasakan pasukan Harimau Malaya dan junior,” ujar Hannah.

Menerusi pengumuman yang dibuat, peruntukan RM15 juta buat skuad Harimau Malaya pastinya memberi suntikan semangat buat pasukan negara menjelang saingan Piala AFF 2024 bermula 8 Disember nanti serta pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 tahun depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI