fbpx

Penjual aiskrim maut kena hempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJUAL aiskrim meninggal dunia ditempat kejadian selepas dihempap pokok di Jalan Air Terjun Panching di Kuantan, semalam.

KUANTAN – Seorang penjual aiskrim maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Air Terjun Panching, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa, Sen Sauat, 29, yang merupakan warga Kemboja dalam perjalanan balik daripada berniaga aiskrim.

“Ketika itu angin kuat dan hujan lebat. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapati pokok yang tumbang telah dibersihkan orang awam dan mangsa juga sudah dikeluarkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI