fbpx

Pengarah Mbits Digital tuntut baki hutang lebih RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemala Alang (kiri) dan Saraleana (tengah) ketika hadir perbicaraan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi KL baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pemegang saham dan Pengarah Mbits Digital Sdn. Bhd. (Mbits Digital) Saraleana Nattaya Azmi memfailkan saman terhadap Techna-X kerana didakwa gagal melunaskan pembelian baki saham berjumlah RM10,451,998.10.

Peguam, Kemala Alang berkata, anak guamnya itu telah membuat pindaan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, menerusi pernyataan itu, Saraleana bersetuju untuk menjual 10 juta saham iaitu 25 peratus modal saham Mbits Digital kepada Techna-X Berhad dengan harga RM12.5 juta pada 10 Februari 2021.

“Namun, sehingga kini, Techna-X hanya membayar RM2,048,001.90 meninggalkan baki RM10,451,998.10 yang masih belum dijelaskan.

“Semua urusan antara Techna-X dan Saraleana diuruskan oleh Datuk Jared Lim iaitu menantu kepada seorang tokoh perniagaan yang telah disytiharkan muflis.

“Walaupun pada Jun 2022 saham tersebut telah didaftarkan atas nama Techna-X, bayaran penuh masih belum diterima oleh Saraleana,” katanya dalam satu kenyataan menerusi firma guaman, Balasingam & Co di sini baru-baru ini.

Saraleana memiliki 30 juta saham biasa bersamaan dengan 75 peratus saham terbitan Mbits Digital.

Mengulas lanjut, Kemala menambah, Techna-X juga berjanji untuk menyelesaikan baki RM8.75 juta sebelum 31 Disember 2022 namun jumlah sebenar yang masih perlu dibayar ialah RM10,451,998.10.

Selain itu, katanya, Techna-X menyatakan mereka telah memperolehi pembiayaan kewangan daripada TAP Sdn. Bhd. (Tremendous Asia Partners) untuk membantu melangsaikan sebahagian daripada baki bayaran.

“Tetapi wang tersebut masih tidak dibayar kepada Saraleana. Tanpa pengetahuan dan kebenaran Saraleana, Techna-X kemudian menjual saham tersebut kepada Debut Supreme Capital Sdn Bhd. Oleh itu, Saraleana kini menuntut baki RM10,451,998.10 daripada Techna-X,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI