fbpx

‘Pelamin dah tempah tapi abang tak pulang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norainna (kiri) dipujuk oleh ahli keluarganya ketika menunggu proses bedah siasat di Jabatan Forensik HUS.

KUCHING – “Tunggu kamek (saya) balit (balik).”

Itu kata-kata terakhir arwah Majurie Maharif, 32, ketika menghubungi tunangnya, Nurainaa Arbi, 30, sebelum menyertai latihan lumba perahu sempena Regatta Sarawak yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan.

Majurie bagaimanapun tidak pulang selepas ditemukan lemas pagi tadi bersama empat lagi mangsa selepas perahu yang dinaiki mereka karam sewaktu menyertai latihan di Sungai Sarawak, Jumaat lalu.

Menurut Nurainaa, kali terakhir mereka berhubung pada Jumaat lalu dan arwah Majurie memaklumkan dia mahu menjalani latihan regatta di Sungai Sarawak.

“Dia berbual dengan saya selepas solat Jumaat pada pukul 3 petang beritahu ada latihan. Dalam perbualan itu, dia kata mahu berjumpa, tunggu kamek balit,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak di sini, hari ini.

Norainna dari Kampung Penakub Ulu, Mukah memberitahu, mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember ini selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

Malah semua persediaan untuk hari bahagia mereka termasuk tempahan pelamin bagi majlis persandingan sudah dilakukan oleh arwah Majurie.

Majurie merupakan seorang daripada lima pengayuh yang ditemukan lemas pagi tadi. Empat mangsa lain ialah Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23, Mohd. Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34.

Kesemua mangsa merupakan kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI