fbpx

Mengapa Marsha dapat ADK saja?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHA menjadi antara penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin yang ke-71, baru-baru ini.

SEBELUM ini penyanyi bersuara lunak Marsha Milan Londoh meluahkan rasa syukur apabila menjadi penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin yang ke-71.

Syarikat rakamannya iaitu Alternate Records turut berkongsikan berita gembira itu dalam Instagram mereka.

Selain dihujani dengan ucapan tahniah, ada juga peminat yang meluahkan rasa terkilan apabila penyanyi kesayangan mereka pingat diterima tidak membawa gelaran Datuk.

Rata-rata peminat menyifatkan usaha Marsha yang sering memartabatkan budaya dan tradisi etnik dari Sabah wajar mendapat pujian.

Ada juga mempertikai mengapa Datuk Seri Siti Nurhaliza diberikan gelaran Datuk ketika berusia akhir 20-an berbanding Marsha yang kini berumur 38 tahun.

Yelah, Siti jadi penyanyi hebat sejak umur belasan tahun berbanding Marsha, jauh beza, tempoh dan pencapaian.

Jadi, tak payah persoal tentang itu apatah membezakan usaha dan pencapaian antara satu sama lain.

Mungkin sekiranya tidak mendapat gelaran itu sekarang, suatu masa nanti pasti ada rezeki Marsha untuk bergelar Datuk.

Diva: Terharu apabila baca nasihat pelakon Puteri Balqis buat anak Fattah Amin dan Fazura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI