fbpx

Kubu nuklear dilelong murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUBU bawah tanah ini boleh memuatkan tiga orang. - Foto The Sun

LONDON — Sebuah kubu nuklear yang dibina semasa era Perang Dingin di Norfolk, Britain akan dilelong pada harga bermula £10,000 (RM56,166), bulan depan, lapor laman berita The Sun.

Kubu bawah tanah tersebut boleh memuatkan sehingga tiga individu.

Tersembunyi di bawah padang di Repps-With-Bastwick, dekat Great Yarmouth.

Struktur sederhana itu kelihatan tidak lebih daripada timbunan batu.

Dibina oleh Kementerian Pertahanan dalam tahun 1950-an dan 60-an, kubu itu adalah sebahagian daripada rangkaian yang direka untuk menahan radiasi sekiranya berlaku serangan nuklear.

Ia dilengkapi dengan peralatan radiologi, membolehkan mereka yang berada di dalamnya mengesan dan melaporkan serangan nuklear semasa kemuncak ketegangan antara Britain dengan Kesatuan Soviet.

Pengurus Lelongan Brown & Co, Trevor Blythe berkata: “Ini adalah peluang yang jarang berlaku untuk memiliki secebis sejarah pasca Perang Dingin.”

Lelongan kubu bawah tanah itu dibuka di internet pukul 11 pagi (waktu tempatan) pada 12 November ini dengan harga permulaan ditetapkan antara £10,000 hingga £20,000 (RM112,314). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI