fbpx

‘Kasihankanlah dia, takkan nak nikah sorok-sorok lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas suami Adira iaitu Datuk Red ingin rujuk semula dengan penyanyi itu dan mahu mengadakan majlis dalam negara.

PETALING JAYA – Merancang rujuk, pempengaruh Datuk Red mahu memenuhi impian bekas isterinya, Adira Suhaimi untuk mengadakan resepsi seandainya mereka kembali sebagai suami isteri.

Kata Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, perkara itu pernah disuarakan penyanyi terbabit memandangkan sebelum ini mereka bernikah di luar negara itu tanpa sebarang majlis.

“Insya-Allah. Saya ada suarakan dekat Adira (bernikah), tapi dia kata hari itu bernikah pun sorok-sorok. Takkanlah nikah kali ini nak sorok-sorok juga?

“Bagilah ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata,” katanya menerusi sesi siaran langsung dalam TikTok, baru-baru ini.

Ahli perniagaan usahawan berusia 46 tahun itu berharap orang ramai mendoakan agar impian ibu kepada empat anaknya itu dapat ditunaikan.

“Kasihankanlah dia. Jadi saya mahu menunaikan permintaannya itu. Minta doakan saya ya,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan mendoakan Datuk Red serta Adira dapat bersatu semula secepat mungkin.

Ramai tidak sabar melihat pasangan terbabit naik pelamin sekali gus kembali hidup bersama selepas enam bulan bercerai.

“Semoga Adira sihat, panjang umur dan ada jodoh semula dengan Datuk Red,” kata pengikutnya.

“Insya-Allah, dipermudahkan segalanya syukur alhamdulillah,” tulis seorang netizen.

Datuk Red menjadikan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Begitupun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI