fbpx

Fenomena air pasang: Mangsa di Kedah tinggal 109 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan yang dinaiki air akibat fenomena air pasang besar di Kampung Besar dalam mukim Bagan Samak di Bandar Baharu, semalam. - Ihsan APM Kedah

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah hanya tinggal 109 orang daripada 30 keluarga yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu di Bandar Baharu, dekat sini sehingga pukul 2 petang ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, mereka yang ditempatkan di PPS itu merupakan penduduk Kampung Besar dalam mukim Bagan Samak yang masih terjejas banjir akibat fenomena air pasang besar di Sungai Kerian, kelmarin.

“Paras air di kawasan itu setinggi kira-kira 0.5 meter yang melibatkan radius terjejas sehingga satu kilometer (km) disebabkan fenomena air pasang besar yang bermula pada Khamis lalu dan surut tidak lama kemudian.

“Walau bagaimanapun pada pukul 5.20 pagi semalam, kawasan ini sekali lagi dinaiki air ekoran fenomena sama sebelum Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bersetuju agar sebuah PPS diaktifkan,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, keadaan terkini di lokasi kejadian didapati tiada hujan dan paras air juga semakin menurun, serta terdapat dua buah pam air yang berfungsi menyedut keluar air ke sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI