fbpx

EPL: Man. City beraksi tanpa dua tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE sudah pulih daripada masalah kecederaan, namun Guardiola enggan mengambil risiko menurunkannya pada aksi menentang Wolves. - AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne tidak akan diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolverhampton Wanderers yang berlangsung di Stadium Molineux malam ini.

Perkara berkenaan disahkan sendiri pengurus, Pep Guardiola memandangkan pemain antarabangsa Belgium itu masih belum cergas sepenuhnya memandangkan baru sahaja pulih daripada kecederaan dialami.

Beliau berkata, De Bruyne dan seorang lagi pemain, Nathan Ake berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan dalam perlawanan itu nanti kerana enggan mengambil risiko kecederaan dua pemain itu kembali berulang.

Justeru, Guardiola akan meletakkan kepercayaan terhadap pemain-pemain lain di kala mereka sedang berdepan krisis kecederaan, termasuk tonggak tengah, Rodri yang dilaporkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

“Saya tidak fikir mereka berdua dapat diturunkan pada perlawanan itu nanti. Keputusan ini bukan disebabkan mereka mengalami kecederaan susulan tetapi belum bersedia selain kami mahu mengambil langkah berjaga-jaga.

“Mereka sudah pun menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain dan berada pada fasa akhir pemulihan. Nathan (Ake) mungkin akan bersama skuad ke Wolves tetapi tidak mungkin dalam kesebelasan utama,” katanya.

Meskipun dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk membawa pulang tiga mata berdasarkan prestasi semasa Wolves yang terumbang-ambing, namun pengendali dari Sepanyol itu enggan memandang remeh kemampuan pasukan itu.

The Citizens sudah mendapat pengajaran berguna pada musim lalu apabila mereka pulang dengan tangan kosong selepas mengalami kekalahan mengejut apabila tewas 1-2 kepada Wolves di Molineux. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI