PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik hampir di seluruh negara petang ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca baik di kebanyakan tempat di Semenanjung dijangka berterusan hingga petang nanti.
Bagaimanapun, hanya Sarawak dijangka menerima amaran hujan lebat dan ribut petir sehingga 4 petang ini melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE