fbpx

Bekalan cukup, tapi mungkin ada makanan naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (empat,kiri) meninjau operasi pendaratan ikan tuna di Dermaga Dalam, petang tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan harga bekalan makanan pada fasa Monsun Timur Laut (MTL) di beberapa negeri menjelang hujung tahun ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pihaknya memberi jaminan bekalan makanan mencukupi susulan musim tersebut.

Menurutnya, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan semua jentera bersiap sedia mendepani sebarang kemungkinan.

“Sejauh mana (teruk) bencana itu, wallahualam tapi mukadimah awalnya, agak teruk seperti mana yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini sehingga menyebabkan sidang Parlimen tertangguh selama setengah jam.

“Jadi, persediaan memang ada. Insya-Allah, mencukupi atau tidak, saya yakin dengan pengalaman yang lama, kita dapat sediakan (bekalan) yang cukup,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi pendaratan ikan tuna di Dermaga Dalam, Butterworth di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI