BERA – Bangunan pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bera, di sini musnah sehingga 80 peratus dalam kejadian kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang, Suhairul Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.35 tengah hari dan seramai 11 anggota dan pegawai dari BBP Triang serta BBP Bukit Angin dikejarkan ke lokasi berkenaan.
Suhairul berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 3 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan pihak bomba. – KOSMO! ONLINE