fbpx

Aduh, tajam sungguh rahang Syamel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMAKIN tampan, bentuk rahang Shamel dikatakan runcing bagai diasah-asah.

MINGGU ini Diva rasa fenomena Fattah Amin masih mendunia dan tiada yang mampu untuk kalahkan kegilaan tersebut.

Namun, masih terselit juga cerita tentang beberapa selebriti lain dan antaranya mengenai Syamel.

Ceritanya, mengenai rahang Syamel yang dikatakan semakin hari semakin runcing!

Pada awalnya, Diva malas nak percayakan khabar angin tetapi selepas melihat beberapa keping foto, seperti ada benarnya.

Rahangnya jelas semakin tajam ketimbang sebelum ini, seperti diasah-asah. Mungkin Syamel ada melakukan senaman wajah untuk kecilkan rahang. Mungkin!

Namun, ada juga baca netizen pesan agar Syamel tidak tergolong dalam kalangan artis yang mengubah wajah ciptaan Tuhan.

Diva pun tak berani nak pesan apa-apa sebab sekarang memang ramai juga artis buat begitu untuk dapatkan bentuk wajah lebih baik.

DIVA: Tajamkan rahang dan mancungkan hidung antara yang paling banyak dilakukan selebriti tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI