fbpx

4 remaja samun kedai telefon angkara tak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT remaja diberkas selepas melakukan samun ke atas kedai telefon di Pekan Serkat, Pontian, Jumaat lalu.

PONTIAN – Empat remaja berjaya diberkas tidak sampai 24 jam selepas melakukan samun berkumpulan ke atas sebuah kedai menjual telefon bimbit di Pekan Serkat, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, suspek yang berusia 15 hingga 19 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di Pekan Nanas dan Pontian.

“Pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 2.30 pagi, Jumaat lalu. Mangsa mengalami kecederaan di mata kiri, kening kiri dan di belakang kepala sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mohammad Shofee berkata, hasil siasatan mendapati, mangsa mengenali ketiga-tiga suspek kerana mereka pernah bekerja bersama.

“Semua suspek tidak puas hati dengan mangsa kerana pernah mengacau adik kepada salah seorang daripada mereka yang berusia 18 tahun. Selain tangkapan, polis turut merampas telefon bimbit yang dilarikan dari kedai telefon bimbit tersebut,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI