fbpx

[VIDEO] ‘Kami sudah tidak penting lagi lepas ada Fattah Amin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Segelintir lelaki meluahkan rasa cemburu dengan pelakon lelaki popular, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin yang laku keras semenjak berstatus duda.

Sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial memperlihatkan ramai wanita teruja melihat Fattah yang sedang berjalan di atas karpet merah pada sebuah majlis baru-baru ini.

Klip video itu juga menunjukkan, rata-rata wanita yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis pujaan mereka itu.

Hantaran tersebut telah meraih perasaan cemburu daripada pengguna media sosial lelaki yang melihat keterujaan para wanita ketika bertemu Fattah.

“Nampak teman wanita kawan aku duduk jerit Fattah Amin dekat situ, kalau kawan aku tahu mesti dia ‘fattah’ hati,” komen Syah.

“Kami sudah tidak penting lagi lepas ada Fattah Amin,” tulis Nazhan.

“Lama sangat mereka ni memendam perasaan. Sekali Fattah dah solo, ambik kau. Tak terlayan. Fattah pun risau tengok,” ujar Eiqa Daharie.

“Duda paling handsome dan mahal setakat ini,” puji Yatt Mohd. – KOSMO! ONLINE

@demirakyatchannel Sejak Fattah Amin Dah Duda, Bukan Main Semua Gadis-Gadis Ya #CapCut #fattahamin #cerai #duda #hotdaddy #artismalaysia #gadis #awek ♬ 운명 – Why

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI