fbpx

Tujuh tan pakaian bundle seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tongkol atau bungkusan pakaian bundle seludup yang dirampas di dalam sebuah lori yang ditahan semasa melalui sekat pintas Pos Nibong, Tumpat semalam. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Hajat seorang lelaki untuk meraih keuntungan menjual tujuh tan pakaian terpakai atau bundle yang diseludup dari Thailand tidak kesampaian selepas lori yang dia pandu ditahan semasa melalui sekat pintas Pos Nibong, di sini semalam.

Suspek yang berusia 33 tahun itu dicekup kira-kira 11.30 pagi semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, anggota bertugas menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu oleh suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu menjumpai 7,000 kilogram bungkusan pakaian bundle yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Pemeriksaan mendapati, kesemua barangan tersebut tiada dokumen yang sah.

“Suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar selepas kesemua pakaian tersebut diseludup dari Thailand sebelum ia dijual di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM350,000 dan diserahkan kepada kompeni taktikal (Komtak) Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI