fbpx

Tentera rampas dadah 8.3 tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN dadah yang dirampas oleh tentera laut Mexico di Lautan Pasifik. – AGENSI

BANDAR RAYA MEXICO – Tentera laut Mexico merampas lebih 8.3 tan dadah di Lautan Pasifik sekali gus rekod baharu untuk operasi tunggal di tengah laut.

“Tentera laut merampas dadah berjumlah 8,361 kilogram yang mewakili jumlah rampasan terbesar dalam sesuatu operasi maritim,” kata Kementerian Tentera Laut Mexico dalam satu kenyataan kelmarin.

Kementerian sama tidak mendedahkan jenis dadah yang dirampas tetapi menyatakan, rampasan itu bernilai sekitar AS$105 juta (RM452 juta).

Menurutnya, seramai 23 orang ditangkap semasa serbuan itu yang dilakukan di barat daya pelabuhan Lazaro Cardenas, luar pantai barat Mexico.

Semua dadah itu dibawa menggunakan enam bot kecil termasuk sebuah kapal selam separa.

Rampasan dadah terbesar dalam sejarah Mexico berlaku pada November 2007 melibatkan 23 tan kokain berasal dari Colombia.

Mexico menjadi hab penyeludupan dadah ke Amerika Syarikat selama berdekad-dekad.

Negeri Michoacan di mana rampasan dadah itu berlaku di perairannya, merupakan lokasi pertempuran geng-geng penjenayah termasuk kartel  dadah Jalisco Generasi Baharu yang merupakan antara kumpulan penjenayah paling berkuasa dan kejam di Mexico. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI