fbpx

Suri rumah rugi RM690,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM690,000 selepas terperdaya dengan satu skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula 17 Julai lalu selepas mangsa yang berumur 42 tahun berminat dengan tawaran pelaburan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya telah mendaftar dalam sistem yang bernama Ying Trade diberikan oleh suspek.

“Kemudian mangsa telah diberikan latihan untuk membeli saham melalui pautan yang diberikan bagi bulan Julai dan Ogos,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh 17 September hingga 14 Oktober mangsa telah membuat sebanyak 25 transaksi ke dua akaun bank yang diberikan oleh suspek sehingga mengalami kerugian sebanyak RM690,000

Katanya mangsa juga telah menerima pulangan dalam anggaran sebanyak RM50,000 yang dilabur semula dalam pelaburan tersebut.

Tambahnya, berdasarkan siasatan awal, sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,”ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI