fbpx

Semakin ramai golongan berpendidikan tinggi terjebak dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Kes penyalahgunaan dadah melibatkan berpendidikan tinggi di negara ini semakin membimbangkan dan menunjukkan trend menaik sejak lima tahun lalu.

Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Zainudin Abdullah berkata, sebanyak 717 kes melibatkan individu memiliki ijazah sarjana muda, sarjana serta doktor falsafah (PhD) direkodkan pada tahun lalu.

“Ia peningkatan berbanding 437 dan 450 kes melibatkan golongan sama yang direkodkan pada tahun 2019 dan 2020.

“Sebanyak 584 dan 602 kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan golongan cerdik pandai masing-masing direkodkan pada 2021 dan 2022,” katanya selepas menutup Karnival Mini Program Berinformasi AADK di Kuala Berang di sini hari ini.

Zainudin berkata, tambah membimbangkan 733 kes penyalahgunaan dadah melibatkan individu memiliki ijazah sarjana muda, sarjana serta doktor falsafah (PhD) telah direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Tambah beliau, kes melibatkan golongan cerdik pandai itu merangkumi 0.5 peratus daripada 148, 015 kes dilaporkan sehingga bulan Jun lalu.

“Trend penggunaan dadah termasuk dalam kalangan cerdik pandai juga berubah.

“Dadah jenis sintetik seperti syabu dan pil ekstasi lebih digemari berbanding opiat seperti heroin dan morfin yang menjadi pilihan pada zaman dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI