fbpx

Seluar jeans gergasi guna fabrik 5.5 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seluar gergasi ini disiapkan dalam masa 18 hari. - Guinness World Records

BEIJING – Sebuah syarikat tekstil di China memecah Guinness World Records selepas mengumpulkan lebih 30 pembuat pakaian untuk menghasilkan seluar jeans terbesar di dunia, lapor agensi berita United Press International.

Syarikat Yixing Textile Co. di bandar Yulin, berjaya mencatatkan rekod itu dengan mencipta seluar jeans berukuran 76.34 meter panjang dan 58.16 meter bagi lilitan pinggang.

Ia menyamai ketinggian antara Menara Pisa di Itali (55 meter) dan Patung Liberty di New York (93 meter).

Seluar gergasi tersebut dibuat menggunakan fabrik denim sebesar 5.5 kilometer, selain mempunyai zip dan butang keluli tahan karat.

Ia memiliki berat lebih 3,265 kilogram dan mengambil masa selama 18 hari untuk disiapkan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI