fbpx

Naik taraf Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh siap hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman (tengah) semasa mengadakan lawatan kerja di Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerja-kerja menaik taraf Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Wakaf Che Yeh di sini dijangka siap akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, proses naik taraf kedua-dua pasar terbabit sedang berjalan perlu disiapkan dalam tempoh tersebut.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk kerja-kerja naik taraf di Pasar Besar Siti Khadijah manakala RM1 untuk Pasar Wakaf Che Yeh.

“Saya sudah melawat kedua-dua pasar itu bersama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini. Laporan kemajuan kedua-dua projek itu ketika ini sedang berjalan.

“Justeru, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang memantau perkembangan untuk melihat perkembangan pasar-pasar awam di seluruh negara,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Wakaf Che Yeh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah memberitahu, KPKT bertanggungjawab untuk memantau beberapa projek yang sedang dilaksanakan bagi memberi kesejahteraan kepada pengunjung dan peniaga.

Katanya, bangunan yang sudah lama ada hayatnya dan perlu ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI