fbpx

SOJC: Misi Young Tigers tamat kemarau 13 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi kuning) akan memulakan kempen SOJC dengan menentang New Zealand malam ini. - RAJA JAAFAR ALI

BIARPUN tidak meletakkan sasaran tetapi skuad hoki remaja negara mahu memastikan mereka menamatkan kempen Piala Sultan Johor (SOJC) pada tahap tertinggi bagi menyuntik motivasi tambahan menghadapi Piala Remaja Asia di Muscat, Oman bulan depan.

Disebabkan itu, SOJC yang membuka tirainya hari ini menjadi persediaan terakhir buat Young Tigers sebelum ke Piala Remaja Asia bermula 26 November hingga 4 Disember depan dalam misi memburu tiket ke Piala Dunia Remaja 2025.

Ketua jurulatih skuad remaja negara, I. Vikneswaran tidak mahu anak-anak buahnya memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan SOJC terdahulu menjelang aksi pertama menentang New Zealand di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam ini.

“Kita tahu ramai yang mengharapkan untuk kita mencipta keajaiban setelah kali terakhir pasukan remaja kebangsaan memenangi SOJC pada tahun pertama penganjurannya.

“Kita dalam proses mempersiapkan pemain dan tidak ambil mudah kejohanan ini kerana ia menjadi pengukur persediaan untuk kelayakan ke Piala Dunia Remaja pada tahun depan,” katanya.

Berdasarkan prestasi semasa, skuad bawah 21 tahun (B-21) negara dilihat berada pada landasan tepat menerusi dua kemenangan dalam aksi persahabatan, menewaskan Great Britain 1-0 dan 2-1 ke atas New Zealand.

“Secara keseluruhan, saya dapat lihat semua pemain dapat berikan yang terbaik dan berfungsi sebagai satu pasukan. Harap ini dapat diterjemahkan sebaiknya sepanjang kejohanan,” jelas Vikneswaran.

Sebagai rekod, Young Tigers tidak pernah menjuarai SOJC sejak menjuarainya 13 tahun lalu sewaktu penganjuran edisi pertama pada 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI