fbpx

Malaysia berduka kehilangan Yahya Sinwar – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Malaysia berduka atas kehilangan seorang sosok pejuang dan pembela rakyat Palestin, Al Syahid Yahya Sinwar yang dibunuh ganas oleh rejim biadab Zionis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekali lagi komuniti antarabangsa gagal memperjuang serta memastikan keamanan dan keadilan tertegak lantas memburuk situasi konflik.

“Malaysia mengutuk keras pembunuhan ini dan ternyata percubaan rejim untuk melemahkan tuntutan pembebasan tidak akan berjaya.

“Walhasil, Malaysia mendesak agar kebiadaban Israel disanggah komuniti antarabangsa dan betapa pembantaian berterusan warga Palestin mesti segera dihentikan,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Yahya Sinwar.

Media antarabangsa semalam melaporkan, Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat.

Khalil dilaporkan berkata, Yahya telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas terakhir.

Sebelum ini, Yahya dinamakan Ketua Utama kumpulan itu pada 6 Ogos lalu sebagai pengganti kepada bekas ketua politik, Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran pada 31 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI