fbpx

MAIS tolak rayuan Ustaz Don Daniyal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Rayuan pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid berhubung penarikan tauliah mengajarnya di Selangor telah ditolak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, penolakan tersebut susulan terdapat perkara-perkara yang dibuat Ustaz Don Daniyal tersebut yang bercanggah mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Beliau bagaimanapun enggan memperincikan mengenainya.

“Ada buat rayuan, kita tengok sebab-sebabnya dan keputusan Jawatankuasa Tauliah tidak bersetuju,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Ijtima pemegang tauliah mengajar negeri Selangor di sini hari ini.

Difahamkan rayuan dikemukakan Ustaz Don tersebut adalah pada 14 Ogos lalu sebelum Jawatankuasa Tauliah MAIS memberikan keputusan pada 17 September lalu.

Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan Ustaz Don boleh memohon semula tauliah tersebut pada 25 Julai tahun depan selepas penarikan tauliahnya berkuatkuasa tarikh sama tahun ini.

“Setahun selepas ditarik balik, dia boleh kemaskini permohonan dan perlu lalui ujian seperti biasa.

“Dia (Ustaz Don) ada pengalaman dan tiada masalah (bagi permohonan semula itu tahun depan), jangan ulang benda yang tersilap,” tegasnya.

Kosmo! sebelum ini Ustaz Don Daniyal diberikan tempoh 14 hari iaitu sehingga 20 Ogos lalu bagi membuat rayuan susulan penarikan tauliah mengajarnya di Selangor.

Pendakwah selebriti itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima JAIS. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI