fbpx

Liga Super: Sri Pahang tagih sentuhan Sherman dan Aguero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import, Kpah Sherman (tengah) antara taruhan utama Sri Pahang untuk merobek gawang Penang FC, malam esok.

KUANTAN – Sentuhan emas yang dimiliki Kpah Sherman dan Sergio Aguero menjadi sandaran utama buat Sri Pahang untuk berdepan Penang FC di Stadium Bandaraya, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad, berkata pemain di posisi lain juga wajar memainkan peranan masing-masing, sama ada ketika menyerang atau pun bertahan.

“Musim ini Penang FC menyerlahkan prestasi baik dan mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat, begitu juga dengan tonggak senior. Kerjasama berpasukan adalah kekuatan utama Penang FC.

“Tetapi Sri Pahang akan memastikan kunjungan ke Stadium Bandaraya akan berpihak kepada kami. Mudah-mudahan apa yang kita lakukan ketika latihan dapat membantu kami dalam perlawanan sebenar.

“Ketika menyerang, pemain tengah dan pertahanan juga perlu memainkan peranan masing masing. Semua pemain harus mengekalkan disiplin tinggi setiap masa sepanjang berada di lapangan.

Untuk rekod, Tok Gajah hanya tewas sekali dalam enam aksi terakhir Liga Super di tempat lawan, selebihnya berakhir dengan keputusan seri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI