fbpx

Kecurian buah durian menjadi-jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail penjual durian di Hanoi. - Foto AFP

HANOI – Kecurian durian menjadi isu yang merungsingkan  pekebun-pekebun di Vietnam terutamanya semasa musim kemuncak buah berkenaan, lapor portal berita VN Express semalam.

Keadaan itu berlaku kerana harga buah durian yang melambung tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Jabatan Pengeluaran Tanaman, kawasan Tanah Tinggi Vietnam yang merupakan wilayah pengeluar durian terbesar di negara itu terjejas akibat kecurian durian dari Ogos lalu hingga hari ini. 

Seorang pekebun, Nguyen Binh Trong memberitahu akhbar Nhan Dan bahawa pada pertengahan Julai lalu, seseorang telah merosakkan dengan teruk 22 pokok durian termasuk menebangnya untuk mendapatkan 800 kilogram buah itu yang belum masak.

“Bertahun-tahun penat lelah dan wang simpanan dicurahkan oleh keluarga saya ke kebun ini yang  baru sahaja membuahkan hasil, tetapi kini pokok-pokok kami musnah,” katanya.

Seorang lagi pekebun, Y Khoan Kbuor berkata: “Durian pada masa ini mendapat harga yang baik. Kebimbangan terbesar keluarga dan penduduk di kawasan kejiranan saya ialah keselamatan dan kecurian.”

Sejak Vietnam mula mengeksport durian secara rasmi ke China pada 2022, harga buah itu  meningkat lebih dua kali ganda.

Harga durian meningkat antara 55,000 dong (RM9.41) hingga 60,000 dong (RM10.27) sekilogram pada 2021 kepada 115,000 dong (RM19.67) hingga 145,000 dong (RM24.81) dan ada kalanya mencecah 230,000 dong (RM39.35) pada tahun lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI