TEMERLOH – Selepas lima hari berkampung di pusat pemindahan sementara (PPS), penduduk Kampung Batu Kapor dan Kampung Gajah Mati di sini sudah mula kembali ke rumah masing-masing dan membersihkan kediaman mereka semalam. Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata mereka bergotong-royong dan membuang peralatan yang telah rosak selepas bah surut dengan hanya halaman rumah digenangi air paras buku lali. Bagaimanapun di sebalik kelegaan itu, timbul kebimbangan dalam kalangan mereka sekiranya berlakunya gelombang kedua banjir susulan cuaca tidak menentu selain hujan di beberapa tempat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya