fbpx

Kadet Kor Suar ditauliah Pengawai Integriti Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (tengah) menyampaikan sijil pentauliahan YIO kepada salah seorang Kadet Kor Suar di UniSZA hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Anti Rasuah (Kor Suar) yang berjaya menamatkan latihan akan ditauliah sebagai Pengawai Integriti Muda (YIO) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pentauliahan YIO yang diiktiraf Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB) berkenaan akan memberi nilai tambah kepada pelajar intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan apabila menamatkan pengajian kelak.

“Seramai 39 kadet Kor Suar menjadi perintis ditauliahkan YIO. Mereka telah menerima modul pencegahan dan antirasuah selama empat semester.

“Mereka adalah duta SPRM dan ikon anak muda yang berintigriti,” katanya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan YIO Kadet Kor Suar.

Dalam perkembangan sama, Azam memberitahu, modul Kor Suar juga akan diperkasakan dengan program latihan persenjataan mulai semester depan.

Jelas beliau, latihan senjata api menggunakan peluru hidup itu menyamai latihan diterima secara berkala oleh pegawai SPRM.

“Saya berharap pemerkasaan Kadet Kor Suar termasuk pentauliahan YIO tersebut menjadi pemangkin kepada lebih banyak universiti awam lagi untuk menawarkannya di kampus masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI