fbpx

Jurutera rugi hampir RM2 juta ditipu scammer Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Seorang jurutera warga Singapura mengalami kerugian hampir RM2 juta akibat terpedaya tawaran pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 64 tahun tampil membuat laporan polis, kelmarin, setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, mangsa tertarik dengan pelaburan saham yang menjanjikan pulangan lumayan ketika sedang melayari media sosial, Disember tahun lalu.

“Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan sebelum diberi penerangan mengenai cara-cara melabur.

“Mangsa telah mengikut arahan suspek dengan memuat naik aplikasi yang diarahkan bagi tujuan pendaftaran dan memantau status pelaburan serta keuntungan yang diperolehi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Kumar, mangsa hanya perlu mengeluarkan modal sahaja manakala urusan pelaburan akan dilakukan serta diuruskan sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Jelasnya, mangsa telah dijanjikan pulangan antara lima peratus hingga 12 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

“Pada Februari dan Mac lalu, mangsa mula melabur dengan membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun bank di Malaysia yang diarahkan dengan jumlah keseluruhan RM1.948 juta.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas gagal untuk membuat pengeluaran wang keuntungan yang diperolehi sebagaimana dipaparkan dalam aplikasi bagi pelaburan berkenaan,” katanya.

“Suspek juga kemudiannya telah gagal dihubungi,” katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI