fbpx

JPJ gempur penunggang motosikal di kawasan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FIRDAUS bersama penerima lesen B2 pada Majlis Penutup Program MyLesen 2024 dan Hari Eksplorasi Keselamatan Jalan Raya 2024 di Auditorium Perzim Kompleks Muzium Rakyat, Melaka. Foto AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggempur kawasan industri di seluruh negeri ini dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal yang terus meningkat setiap tahun.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, kawasan industri menjadi tumpuan kerana kebanyakan pekerja menggunakan motosikal untuk pergi ke tempat kerja.

Menurutnya, berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 144 kes kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal direkodkan pada 2023 manakala bagi tahun ini sehingga September merekodkan 137 kes.

“Berdasarkan statistik tahun ini kita jangkakan kadar kemalangan maut melibatkan golongan itu akan meningkat lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Justeru kita akan meningkatkan penguatkuasaan dan pergi ke setiap kilang kerana di sini ramai pekerja menunggang motosikal pergi ke tempat kerja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Program MyLesen B2 JPJ Melaka 2024 dan Hari Eksplorasi Keselamatan Jalan Raya 2024 di Banda Hilir di sini, hari ini.

Seramai 2,500 calon menerima lesen memandu menerusi Program MyLesen B2 JPJ Melaka 2024.

Dalam pada itu, orang ramai yang terlibat menyambut baik usaha kerajaan memberikan lesen memandu kelas B2 secara percuma, khususnya kepada golongan B40.

Aishah Jegap, 38, dari Kampung Orang Asli Bukit Payung berkata, dia berasa lega kerana boleh menghantar anak-anaknya ke sekolah tanpa ragu-ragu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI