fbpx

Jangan berhenti di kawasan serangan harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK – Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dinasihati untuk tidak menghentikan kenderaan di lokasi antara kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa sehingga sempadan Gerik-Jeli susulan kes serangan harimau di sana.

Jabatan Kerja Raya Hulu Perak dalam kenyataannya berkata, semua aktiviti seperti berehat di luar kenderaan, membuang air kecil dan lain-lain aktiviti di pinggir hutan terutamanya di waktu senja hingga awal pagi tidak dilakukan oleh orang ramai.

“Ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan yang tidak diingini antara manusia-harimau yang boleh mengancam nyawa,” katanya.

Tambahnya, sesiapa yang terserempak dengan harimau berkenaan perlu menghubungi dengan segera Jabatan Perhilitan atau polis untuk melaporkan perkara tersebut bagi tindakan selanjutnya.

Media pada Selasa lalu melaporkan kes serangan harimau melibatkan seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli, di sini.

Turut dilaporkan ialah kematian seorang lelaki warga Myanmar dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, di sini Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI