fbpx

Huruf ‘R’ pada topi Aliff Aziz jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HURUF 'R' pada topi Aliff Aziz mencuri perhatian netizen.

PETALING JAYA – Jika sudah namanya Aliff Aziz, pasti apa sahaja yang dilakukan akan menjadi perhatian netizen.

Terbaru, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf R.

Ramai netizen yang meneka bahawa huruf R pada topi Aliff membawa maksud Ruhainies iaitu wanita yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengannya sebelum ini.

Lebih dramatik, bekas kekasih gelapnya iaitu pempengaruh asal Singapura, Sarah Yasmine turut meninggalkan komen.

Menurut Sarah, huruf R yang tertera pada topi Aliff membawa maksud Ruqyah.

Komen tersebut mencuit hati netizen yang terhibur dengan pemahaman Sarah.

Selain nama Ruhainies yang dipetik, banyak lagi nama yang diteka antaranya, Rokiah, Rosmah, Rahmah, Rogayah dan bermacam lagi nama berpangkal R yang mencuit hati mengisi komen-komen netizen.

Namun yang pasti, hanya Aliff yang tahu maksud sebenar huruf R yang tertera pada topinya.

Terdahulu pada Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sesi prosiding kes khalwat yang melibatkan mereka berdua.

Mereka ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Pada 20 Jun, mahkamah membenarkan Aliff dan Ruhainies diikat jamin sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Hasil prosiding pada Isnin lalu, mahkamah menetapkan Februari tahun hadapan untuk perbicaraan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI