fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara hingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan kawasan seluruh negara sehingga lewat petang hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu tertumpu sekitar negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Di sebelah Pantai Timur, hujan lebat berpotensi melanda seluruh negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Bagi negeri di arah selatan pula, keadaan yang sama dijanhka melanda Selangor (Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” lapor MetMalaysia.

Dalam laporan sama, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir di Sarawak meliputi kawasan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Limbang (Lawas).

“Di Sabah melibatoan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kudat) serta Labuan.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI