fbpx

Fenomena air pasang: Kanak-kanak, remaja berpesta air di kampung nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATARAN Semarak di perkampungan nelayan Seberang Ramai dipenuhi kanak-kanak dan remaja yang berpesta ketika air pasang tinggi awal pagi semalam.

KUALA PERLIS – Di sebalik kegusaran ramai susulan air pasang tinggi yang melanda perairan negeri ini awal pagi tadi, suasana di Perkampungan Warna-Warni Seberang Ramai meriah bagaikan pesta dengan anak muda bermain air.

Suasana larut malam yang biasanya agak sunyi di kawasan tersebut bertukar gamat apabila ramai mengambil peluang bermain air di kawasan medan parkir kenderaan dan juga taman permainan yang digenangi air laut.

Paras air laut yang meningkat sekitar 3.7 meter (m) kira-kira pukul 1 pagi itu menyebabkan keseluruhan perkampungan nelayan di kawasan Seberang Ramai ditenggelami air antara paras betis hingga lutut.

Menurut seorang penduduk, Sarudin Abdul Rahman, 55, berkata, suasana itu adalah perkara biasa buat anak-anak kampung nelayan tersebut setiap kali air pasang berlaku.

“Cuma hari ini air pasang agak tinggi berbanding semalam dan melimpah memasuki ruang tamu atau rumah ibu di rumah saya menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya boleh katakan pada hari ini, air naik setinggi kira-kira tujuh sentimeter berbanding semalam namun bersyukur cuaca pada malam ini sangat baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, jika hujan atau ribut berlaku, ia mungkin akan mengakibatkan kesan banjir yang lebih buruk kepada kawasan sekitar memandangkan paras air pasang kali ini adalah yang tertinggi bagi tahun ini.

Kata Sarudin lagi, beliau berharap agar cuaca terus baik kerana paras air pasang tinggi dijangka hanya akan turun sebanyak 0.1 m, malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI