fbpx

F1 mansuh mata bonus pusingan terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA yang mencatat masa terpantas dalam perlumbaan tidak akan lagi menerima mata bonus pada saingan musim depan apabila peraturan itu dimansuhkan. - AFP

AUSTIN, Amerika Syarikat (AS) – Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengumumkan bahawa mata bonus tambahan yang diberikan kepada pemandu yang mencatatkan pusingan terpantas dalam perlumbaan Formula Satu (F1) dimansuhkan mulai musim 2025.

Peraturan tersebut yang diperkenalkan pada 2019 untuk meningkatkan persaingan pada penghujung perlumbaan didapati tidak memberikan impak besar terhadap tontonan perlumbaan.

Menerusi mesyuarat Majlis Sukan Permotoran Dunia, FIA melihat pemberian mata bonus tersebut hanya diperoleh oleh pemandu daripada pasukan teratas yang mempunyai kelebihan untuk membuat hentian pit pada saat-saat terakhir tanpa kehilangan kedudukan.

Menerusi perubahan ini, struktur mata akan kembali kepada sistem yang digunakan bermula musim 2010 hingga 2018, di mana pemandu yang memenangi perlumbaan akan menerima 25 mata maksimum.

Selain itu, dalam mesyuarat tersebut turut membincangkan bahawa setiap pasukan akan diwajibkan memberi peluang kepada pemandu baharu untuk menyertai sesi latihan sebanyak dua kali sepanjang musim mulai 2025.

Langkah ini akan menggandakan masa latihan untuk pemandu-pemandu baharu berbanding peraturan semasa yang hanya memerlukan satu sesi sekali gus memberi peluang untuk pelumba muda menyerlahkan bakat mereka.

Sementara itu, FIA turut mengumumkan beberapa cadangan untuk peraturan 2026 bagi mengatasi kebimbangan yang timbul daripada garis panduan asal terutama melibatkan peraturan teknikal, sukan, dan kewangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI