fbpx

EPL: ‘Enjin’ Arsenal kembali bernafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERINO (dua dari kanan) akan memberikan nafas baharu kepada jentera tengah Arsenal menentang Bournemouth tengah malam ini. - ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi bayangan Mikel Merino bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Bournemouth di Stadium Emirates tengah malam ini.

Sebagai rekod, Merino masih belum membuat penampilan dalam kesebelasan utama bersama The Gunners musim ini selepas dibelenggu kecederaan sejak berhijrah daripada Real Sociedad pada Ogos lepas.

Namun, Merino dilihat sudah cergas sepenuhnya apabila berjaya membuat kemunculan bersama skuad antarabangsa Sepanyol dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) baru-baru ini.

Menurut Arteta, pemain berusia 28 tahun itu boleh menjadi ‘enjin’ baharu pasukan di jentera tengah untuk menggantikan posisi kapten, Martin Odegaard yang masih belum pulih daripada kecederaan.

“Saya jangka Merino sedia diturunkan pada perlawanan menentang Bournemouth nanti. Dia akan memberikan impak yang besar kepada pasukan kerana memiliki mentaliti yang cukup bijak sebagai pemain bola sepak.

“Saya harap dia tidak mempunyai masalah untuk serasi dengan pasukan kerana kita mahukan kualiti yang ada padanya untuk membuka ruang dan mencipta peluang buat pasukan sepanjang perlawanan nanti.

“Selain itu, dia juga memiliki kelebihan fizikal yang boleh menjadi aset penting buat pasukan khususnya ketika menyerang atau bertahan,” kata Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI