fbpx

Belanjawan 2025: PTPTN komited perkasa STEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam melahirkan graduan dengan nilai kebolehpasaran tinggi serta diperlukan oleh industri dan negara.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, inisiatif menerusi belanjawan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti bidang STEM.

Menurutnya, STEM merupakan satu daripada elemen kritikal dan galakan tersebut bagi memacu ke arah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

“Penyediaan dana pembiayaan pendidikan khusus kepada pelajar bidang STEM di institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah sebagai sokongan dan selaras aspirasi kerajaan ke arah melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri.

“PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi menyambut baik dan merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih bagi inisiatif
yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam usaha menggalakkan penabungan untuk pendidikan tinggi anak-anak, kerajaan bersetuju insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke
atas simpanan dalam Simpan SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.

“Selain itu, pemberian geran padanan atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT daripada keluarga
berpendapatan RM4,000 diperluaskan sehingga RM6,000 dengan jumlah geran maksimum sehingga RM5,000.

“Inisiatif melalui ikhtiar Geran Padanan Ihsan (GAPAI) ini adalah bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Norliza berkata, PTPTN juga berharap masyarakat Malaysia terus menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi selaras usaha kerajaan memberikan manfaat penabungan melalui insentif Belanjawan 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI